Sabtu, 25 Oktober 2014

Selamat Meraikan Tahun 1436 Hijrah


1436 Hijrah, seperti tahun-tahun sebelumnya,  akan sentiasa mengingatkan aku tentang usia, tentang nikmat dan rahmat yang ku perolihi sepanjang hayat. Selamat meraikan Tahun 1436 Hijrah kepada saudara seagama ku yang dikasihi.

Tiada lagi apa yang dapat ku ungkapkan selain dari kesyukuran. Kesyukuran yang terbit dari lubuk hati yang ikhlas yang ingin ku kongsikan kepada siapa jua yang mengenal diri ku.

Aku dilahirkan dari keluarga yang cukup sederhana, dalam lingkungan masyarakat yang kecil.  Tahun 1958 adalah tahun kelahiran ku, dan beberapa tahun selepas kelahiran ku, negara ku dilanda gelombang revolusi yang amat kencang, sehingga mampu membentuk diri ku sebagai warga kelahiran zaman revolusi yang memiliki rasa tanggung jawab terhadap bangsa dan negara.

Walau pun tidak kesampaian untuk memegang sebarang ijazah di pengajian tinggi, namun semangat untuk membena diri dan masyarakat sekeliling sebagai masyarakat berpengatahuan dan berjatidiri tidak pernah luntur. Aku berkesempatan menabur bakti dan bergiat dalam pertubuhan belia dimana sekurang-kurangnya, aku dapat menimba pengalaman dan bertukar ilmu disamping menjadi mentor kepada belia-belia yang pernah ku pimpin dalam kelompok yang besar. Dalam pergerakan belia, aku tidak mengejar sebarang jawatan kerana bagi ku aku lebih suka tidak memegang sebarang jawatan yang membuatkan aku bebas bergaul secara dekat dan memahami masyarakat belia yang terdiri dari anak anak lepasan sekolah, penuntut-penuntut yang sedang bercuti menungu keputusan peperiksan, dan tidak kurang juga gologan belia yang tercicir yang lebih awal berhenti sekolah.

Segala agenda belia ketika itu adalah merupakan sebahagian dari kehidupan ku, dan terkadang ianya terbawa-bawa kedalam mimpi dan igauan ku dan teman teman seperjuangan ku. Bila ku ukur dengan usia ku ketika itu dengan belia ketika ini, mungkin aku tidak akan menemui belia belia yang mampu berfikir dan bercita-cita untuk menubuhkan parlimen belia (ketika itu) walau pun kami menyedari ianya hanya merupakan angan angan yang akan pudar di telan masa. Ketika itu Brunei belum merdeka, dan masyarakat ditakut-takutkan dengan ancaman 'tangkap tanpa bicara' jika ada yang coba bercakap atau berkumpul lebih dari 3 orang membincangkan hal hal politik. Namun dalam serba keikhlasan, ketakutan itu terhakis kerana didalam jiwa ku dan sesetengah teman teman seperjuangan ku ketika itu merasakan kami perlu berfikir dan berbuat sesuatu untuk negara, mengapa mungkin kami akan di aniaya dan disumbat kedalam tahanan politik yang tidak akan dibicarakan hanya kerana kami mempunyai rasa kecintaan pada negara begitu mendalam. Kami menyedari bahawa mungkin terlalu awal untuk kami berbicara soala politik. Namun itulah diriku dan sesetangah teman teman ku, yang terdiri dari belia dan pemimpin belia yang pernah disumbat ke dalam tahanan politik di tahun 70an. Sekurang-kurangnya keadaan ketika itu lebih menyumbang kepada kesedaran dari hanya cuma sebagai lambang, yang menurut telunjuk dan tidak pasti hala tuju.
Menjahit Azimat....demi Brunei Tercinta
Syukur alhamdulillah, agenda yang menjadi mimpi dan igawan kami itu ketika ini sedang mekar mewarnai perjalanan hidup masyarakat semenjak Brunei Merdeka. Walau pun ianya tersembunyi atau senghaja disembunyikan, namun aku begitu yakin, bahawa ALLAH telah memakbulkan sebahagian doa kami ketika itu.

Sebenarnya, kemakmuran yang kita kecapi selama ini adalah sumbangan doa dan tetisan airmata banyak pihak yang tidak boleh diketepikan. Kita perlu sedar...tidak negara ini berdiri tegak tanpa doa ikhlas dari rakyat yang setia...dan rakyat yang setia itu ada di mana-mana.

Akan ku sambung ristaan ini dalam ungkapan sejuta kesyukuran ku di kesempatan yang akan datang. Semoga ALLAH akan terus melindungi ku, masyarakat sekeliling ku dan Negara ku dari sikap lupa diri dan tidak menghargai pengorbanan orang lain yang telah hilang sejarahnya digulong zaman.

Note : Gambar hiasan di atas ku rakam seawal pagi bersama Anakda Sheikh Mansur Sheikh Mohammad, anak salah seorang Pejuang Kemerdekaan di era 60an

Sabtu, 4 Oktober 2014

'MENGELUPIS' di malam Aidul Adha 1435H

Sabtu 4 Oktober 2014

Dari ruang dapur, suasana mariah yang menyelubungi malam Aidul Adha sudah bukan merupakan perkara asing. Boleh dikatakan setiap tahun akan ada suasana seperti ini berlaku di rumah ku. 


 Rakan rakan yang menjadi keluarga angkat kami akan berkunjung untuk membantu persiapan membungkus pulut (kelupis) dan memasak masakan untuk hidangan di pagi Aidul Adha.

Suasaana riuh yang bercampur laungan suara takbir dari corong televisyen memenuhi ruang rumah. Itulah yang biasa berlaku setiap kali menjelangnya malam Aidil Adha setiap tahun.







Selasa, 16 September 2014

Minat

Kerana minat terlalu mendalam di bidang seni foto, aku sanggup meluangkan waktu di dalam hutan dari pagi hinga ke petang di kawasan Mendaram di hulu Belait.

Kerana seketika dulu, seni foto adalah segalanya bagi ku. Ia memberikan bukan saja pulangan wang, tetapi satu kepuasan yang susah untuk diungkapkan.

Kerana aku tidak punya kemahiran dan ilmu yang lain selain dari bidang-bidang seni yang mewarnai kehidupan silam ku yang sekali gus menjadi mata pencarian ku.

Ha ha ha..kerana terlalu minat dengan seni foto, aku selalu diulit mimpi mimpi yang indah dan penuh warna warni. Cuma terkadang saja aku terserempak dengan mimpi tak berwarna (hitam putih).

Kerana terlalu sayang kepada kamera, sahingga baring dikatil pun masih menimang kamera. Itu lah diri ku seketika dulu.

Sekarang, minat yang terpahat di jiwaku itu masih utuh sebagai salah satu lambang kejayan ku dalam keria ku sebagai orang seni.
Tak puas-puas..baring di katil pun menimang kekasih.
Aku tidak pernah bosan mencari kelainan. Itulah diri ku yang mungkin bukan diri ku ketika dibangku sekolah dulu.
Secebis kenangan..secebis senyuman..ketika menerima "Hadiah Kemenangan" dipertandingan seni foto slide anjuran Brunei Shell Marketing Sdn Bhd di era akhir 80an. Hadiah pemenang pertama berupa sebuah kamera NIKON FA
Itulah diri ku ketika dulu. Dan sekarang, aku masih diri ku, tidak banyak yang berubah, cuma keriput tulang pipi ku menggambarkan sesuatu. Aku diulit usia senja ku dengan penuh kepuasan dan kesyukuran yang tak terhingga. Aku adalah aku seadanya.

Kamera Nikon FA yang pernah ku miliki sebagai tanda pengiktirafan atas kejayaan ku




Ahad, 14 September 2014

CATATAN

Kemarin,
ku dakap rindu
diperjalanan malam yang sepi
disana tersadai memori
sebuah kehidupan silam
dalam episod mimpi


Rupanya..
aku sudah seusia kitab usang
peninggalan ayah dan kesayangan ibu
segenggam ilmu ku bawa berlari
merentas waktu tanpa bosan dan lesu


Kini..
kulit kaki menebal retak seribu
namun tetap tak terasa
aku berpijak di pinggir waktu
sekadar singgah mengintai rindu
pada dinding yang memantulkan suara ku
pada atap  tempat ku berteduh
pada tiang tempat bersandar
pada lantai yang sudi menyapa langkah ku
pada hari hari yang ku lalui



Ahad, 9 Mac 2014

LAWATAN CAFE 70-75 KE SMALHB

Sebahagian dari ahli ahli  CAFE 70-75 (bekas Penuntut Sekolah Menengah Arab) yang turut serta dalam lawatan bergambar ramai di hadapan bangunan Sekolah Arab dimana kumpulan ini melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah bermula pada tahun 1970 dan menamatkan pelajaran pada tahun 1975






Kagum dengan kemudahan makmal yang telah di naiktaraf, Disinilah dulunya bekas penuntut Sekolah Menengah Arab ini
menimba ilmu sebelum berhijrah ke era menengah atas dan seterusnya ke peringkat universiti


Di sini terpahat sejuta kenangan ketika bekas pelajar-pelajar ini di usia 10 dan belasan tahun.











Sibuk..masing masing ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan
detik-detik yang penuh kenangan.






Menyaksikan galeri sekolah. Banyak foto-foto kenangan terpamir di ruang galeri ini








Keakraban dan kemesraan yang tidak luntur terukir di setiap wajah dan sanubari...kerana 99% bekas penuntut Sekolah Menengah Arab ini tinggal bersama selama 5 tahun di bawah bumbung asrama putra dan asrama putri.

Pada tahun 2010 kumpulan bekas penuntut pengambilan tahun 1970-1975 ini di pertemukan Allah pada satu majlis REUNION SMALHB 75  setelah lebih 30 tahun berpisah dan membawa haluan masing masing. Sejak berlangsungnya majlis REUNION SMALHB 75 itu, semua bekas penuntut ini bergabung dalam satu Group yang di kenal sebagai CAFE 70-75 dengan harapan untuk terus memanjangkan silaturrahim dan saling berhubung dalam segala suka dan duka seperti sewaktu tinggal di asrama ketika dulu.