Bergambar ramai sebelum majlis bermula |
Kehadiran Tetamu Kehormat Dato Paduka Awg. Hj Ali Apung di sambut dengan pelukan oleh salah seorang bekas pelajar yang pernaah bersama beliau mengapalai kumpulan nasyid dizaman persekolahan dulu |
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Paduka Hj Ali bin Apong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan salah seorang bekas pelajar Sekolah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah kemasukan tahun 1970. Turut hadir menyeri majlis petang kelamarin ialah Yang Mulia Datin Hjh Maimunah binti Omar, salah seorang bekas tenaga pengajar di Sekolah Arab di tahun tujuh puluhan.
Ustaz Awg/ Hj Miramit Hj Damit mengapalai bacaan Al-Fatihah sebagai pembuka majlis |
Asyik mendengar cerita yang disampaikan oleh Ustaz Awg Hj Mail sambil memerhatikan paparan gamgar-gambar slide yang ditayangkan |
Ketika keseluruhan usia yanga hadir berada di ambang 50an, inilah satu satunya detikpertemuan yang akan diabadikan dalam kenangan. |
Majlis didahulukan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Ustaz Haji Miramit Hj Damit, ditujukan khusus bagi bekas pelajar-pelajar seangkatan yang telah kembali kerahmatullah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang di sampaikan oleh Awang Hj Tahir bin Haji Pudin, bekas ketua penuntut Sekolah Menengah Arab tahun 1975.
Ustaz Awg. Hj Mail Besar mengajak hadirin tersenyum mengenang nostalgia zaman di asrama dan di sekolah |
Dato Paduka Awg Hj Ali Apung ketika menceritakan pengalaman manis kehidupan di asrama dan sekolah yang masih segar dalam kenangan |
Dalam suasana yang bercampur gembira dan terharu itu, Ustaz Awang Hj Mail bin Besar diberi kesempatan mengajak hadirin tersenum dan ketawa sejenak bila beliau menggamit hati dengan ristaan yang menceritakan peristiwa-peristiwa yang penuh kenangan dengan pertunjukan tayangan gambar slide peristiwa-peristiwa dan aktiviti dizaman persekolahan yang disediakan oleh Awg. Mohamad Buang Omar.
Ya Ma'hadan Allamani...dinyanyikan beramai ramai dalam suasana yang menyentuh perasaan |
Sebelum bersurai, acara majlis diteruskan dengan satu detik peristiwa yang sangat menyentuh persaan, bilamana hadirin yang dikepalai oleh Awg. Mahdi Hj Md. Suhaili, Awg. Mohamad Buang Omar dan Awg. Mazni Othman, bersama-sama menyanyikan lagu ‘ YA MA’HADAN’, sebuah lagu yang biasanya dinyanyikan selepas upacara penaikan bendera kebangsaan setiap pagi sebelum masuk ke bilik darjah di era tahun 70an. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa kesyukurana yang dibacakan oleh Ustaz Awg Hj. Miramit Hj Damit dan sesi bergambar ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan