Isnin, 6 Jun 2011

BERSUA KEMBALI SETELAH LEBIH 30 TAHUN BERPISAH

Bergambar ramai sebelum majlis bermula
Menjalani liku hidup sebagai pelajar yang tinggal sebumbung di asrama selama lima tahun adalah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bak kata pepatah, tempat jatuh lagi di kenang. Begitulah gambaran dan luahan perasaan bekas pelajar-pelajar tahun 1970 – 1975 Sekolah Menangah Arab yang telah julungkalinya mengadakan Perhimpunan yang di adakan petang kemarin, Ahad 29hb Mei 2011 bertempat di Dewan Samudera, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong.


Kehadiran Tetamu Kehormat Dato Paduka Awg. Hj Ali Apung di sambut dengan
pelukan oleh salah seorang bekas pelajar yang pernaah bersama beliau mengapalai
kumpulan nasyid dizaman persekolahan dulu
Berpisah dan meninggalkan bumbung sekolah serta asrama sejak 36 tahun yang lalu setelah masing-masing menamatkan pelajaran diperingkat menengah pada tahun 1975 sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan kenangan yang amat mendalam dihati setiap pelajar.  Namun rindu yang terpahat dihati untuk sekian lamanya itu,  akhirnya terungkap dalam suasana yang syahdu dimajlis yang penuh bermakna yang telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 70 orang bekas pelajar Sekolah Arab kemasukan tahun 1970.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Paduka Hj Ali bin Apong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan salah seorang bekas pelajar Sekolah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah kemasukan tahun 1970. Turut hadir menyeri majlis petang kelamarin ialah Yang Mulia Datin Hjh Maimunah binti Omar, salah seorang bekas tenaga pengajar di Sekolah Arab di tahun tujuh puluhan.

Ustaz Awg/ Hj Miramit Hj Damit mengapalai bacaan Al-Fatihah sebagai
pembuka majlis

Asyik mendengar cerita yang disampaikan oleh Ustaz Awg Hj Mail
sambil memerhatikan paparan gamgar-gambar slide yang ditayangkan

Ketika keseluruhan usia yanga hadir berada di ambang 50an, inilah
satu satunya detikpertemuan yang akan diabadikan dalam kenangan.

Majlis didahulukan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Ustaz Haji Miramit Hj Damit, ditujukan khusus bagi bekas pelajar-pelajar seangkatan yang telah kembali kerahmatullah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang di sampaikan oleh Awang Hj Tahir bin Haji Pudin, bekas ketua penuntut Sekolah Menengah Arab tahun 1975.    

Ustaz Awg. Hj Mail Besar mengajak hadirin tersenyum mengenang nostalgia
zaman di asrama dan di sekolah

Dato Paduka Awg Hj Ali Apung ketika menceritakan pengalaman
manis kehidupan di asrama dan sekolah yang masih segar
dalam kenangan
Dalam suasana yang bercampur gembira dan terharu itu, Ustaz Awang Hj Mail bin Besar diberi kesempatan mengajak hadirin tersenum dan ketawa sejenak bila beliau menggamit hati dengan ristaan yang menceritakan peristiwa-peristiwa yang penuh kenangan dengan pertunjukan tayangan gambar slide peristiwa-peristiwa dan aktiviti dizaman persekolahan yang disediakan oleh Awg. Mohamad Buang Omar.

Ya Ma'hadan Allamani...dinyanyikan beramai ramai dalam suasana
yang menyentuh perasaan
 

Sebelum bersurai, acara majlis diteruskan dengan satu detik peristiwa yang sangat menyentuh persaan, bilamana hadirin yang dikepalai oleh Awg. Mahdi Hj Md. Suhaili, Awg. Mohamad Buang Omar dan Awg. Mazni Othman, bersama-sama menyanyikan lagu ‘ YA MA’HADAN’, sebuah lagu yang biasanya dinyanyikan selepas upacara penaikan bendera kebangsaan setiap pagi sebelum masuk ke bilik darjah di era tahun 70an. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa kesyukurana yang dibacakan oleh Ustaz Awg Hj. Miramit Hj Damit dan sesi bergambar ramai.