Khamis, 8 November 2012

MENGISI USIA

Simpang 93-126-4, RPN Pandan Kuala Belait, 27 Oktober 2012 / 11 Zulhijjah 1433H . (Majlis Korban)











Selasa, 23 Oktober 2012

DI MANA TEMAN SEPERJUANGAN KU KETIKA INI ?

CORETAN MEMORI DARI SEBUAH DIARI KEHIDUPAN
Teman yang ku kenal ketika dibangku sekolah..
Kiri - Fatimah Talip dan Kanan - Sarimah Hj Salam

Kami berjuang sebagai pelajar yang ingin berjaya. Masing-masing memburu cita-cita dan impian. Namun ketika itu cita-cita merupakan harapan yang masih kabur. Terus terang, aku tidak terbayang untuk menjadi Insan seperti diri ku ketika ini. Namun itu lah ketentuan Allah, baik bagi diri ku, mahu pun bagi teman-teman yang telah sampai ke menara gading.

Semasa di bangku sekolah aku mempunyai keazaman yang kuat untuk maju bersama teman teman ku. Namun tiada siapa dapat berganjak dari ketentuan yang maha kuasa. Sarimah Hj Salam (nama yang cukup akrab dalam kehidupan sebagai seorang pelajar semasa di tingkatan 5 Khas). Kami berpisah di pengakhir musim sekolah selepas melalui peperiksaan SPU, Sarimah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, sementara aku tidak ada pilihan lain selain meneruskan perjuangan di Maktab Perguruan Ugama. Ketika itu kami meninggalkan Fatimah Talip yang masih meneruskan pelajarannya di bawah bumbung Sekolah Arab.

Aku meninggalkan Maktab lebih awal dari teman-teman sebaya ku atas beberapa sebab. Kerana semangat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi, walaupun rasanya aku terpaksa melalui lurah yang menurun, akhirnya pada tahun 1980, aku kembali memegang pen dan pensil sebagai seorang pelajar di Pusat Tingkatan Enam Gadong.

Disini aku ditakdirkan bertemu dengan rakan rakan junior ku sahabat akrab ku ketika di Sekolah Arab yang diantaranya ialah Fatimah Talip, Ahmad Masron, dan Junaidi Abdul Rahman. Catatan kenangan bermula lagi ketika di Pusat Tingkatan Enam. Aku, Ahmad Masron, Junaidi Abdul Rahman, Fatimah Talip dan beberapa rakan dikenal sebagai kumpulan Bintang Duabelas.

Di petik dari  Diari Usang tahun 1975, 1978, 1981

Sabtu, 20 Oktober 2012

KENANGAN DI ERA 70an

Bersama rakan semaktab..dari kiri Mazni Osman, Mahdi HM Suhaili, Miramit , Gafur, Hj Kamal Fasah, Morni
Gambar beramai Penuntut Maktab Perguruan Ugama Suri Seri Begawan Sultan di tahun 70an





Jumaat, 27 Januari 2012

Symphonic Ensemble Munich captivates Jeddah audience



By MAYA JARJOUR, MAYA.JARJOUR@ARABNEWS.COM
Published: Jan 25, 2012 01:30 Updated: Jan 25, 2012 21:01

Exclusive interview with Conductor Felix Mayer

Last Wednesday, the Symphonic Ensemble Munich, under the direction of Felix Mayer, entertained more than 200 guests with a challenging concert program of compositions by George Frederick Handel and arrangements by Wolfgang Amadeus Mozart at the residence of the German Consul General in Jeddah, Rolf Theodor Schuster......

Cont....

Selasa, 10 Januari 2012

RENCANA :

APAKAH MANDI PADA WAKTU MALAM MUDARAT BAGI KESIHATAN ?

Oleh Zulkiple Ibrahim
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) - Apakah ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan ?

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masaalah kesihatan.

Apakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik ?

Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini ?


Ahad, 8 Januari 2012

The Ara Gallery — Arab art galvanized

               By MARIAM NIHAL, MARIAM.NIHAL@ARABNEWS.COM

Published: Jan 4, 2012 01:43 Updated: Jan 4, 2012 02:57

Art has the incredible ability to transport one to a familiar past or an unseen future. The Ara Gallery is a concept gallery in Downtown Dubai that showcases a vision of the future with emerging Arab artists. Ara, which means to decorate or add beauty to in Arabic, opened in April 2011 and quickly garnered accolades for displaying quality art by aspiring Arab artists. Their mission is to cultivate art culture and emerging artists from the region and showcase their talents to the world.....