Selasa, 23 Oktober 2012

DI MANA TEMAN SEPERJUANGAN KU KETIKA INI ?

CORETAN MEMORI DARI SEBUAH DIARI KEHIDUPAN
Teman yang ku kenal ketika dibangku sekolah..
Kiri - Fatimah Talip dan Kanan - Sarimah Hj Salam

Kami berjuang sebagai pelajar yang ingin berjaya. Masing-masing memburu cita-cita dan impian. Namun ketika itu cita-cita merupakan harapan yang masih kabur. Terus terang, aku tidak terbayang untuk menjadi Insan seperti diri ku ketika ini. Namun itu lah ketentuan Allah, baik bagi diri ku, mahu pun bagi teman-teman yang telah sampai ke menara gading.

Semasa di bangku sekolah aku mempunyai keazaman yang kuat untuk maju bersama teman teman ku. Namun tiada siapa dapat berganjak dari ketentuan yang maha kuasa. Sarimah Hj Salam (nama yang cukup akrab dalam kehidupan sebagai seorang pelajar semasa di tingkatan 5 Khas). Kami berpisah di pengakhir musim sekolah selepas melalui peperiksaan SPU, Sarimah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, sementara aku tidak ada pilihan lain selain meneruskan perjuangan di Maktab Perguruan Ugama. Ketika itu kami meninggalkan Fatimah Talip yang masih meneruskan pelajarannya di bawah bumbung Sekolah Arab.

Aku meninggalkan Maktab lebih awal dari teman-teman sebaya ku atas beberapa sebab. Kerana semangat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi, walaupun rasanya aku terpaksa melalui lurah yang menurun, akhirnya pada tahun 1980, aku kembali memegang pen dan pensil sebagai seorang pelajar di Pusat Tingkatan Enam Gadong.

Disini aku ditakdirkan bertemu dengan rakan rakan junior ku sahabat akrab ku ketika di Sekolah Arab yang diantaranya ialah Fatimah Talip, Ahmad Masron, dan Junaidi Abdul Rahman. Catatan kenangan bermula lagi ketika di Pusat Tingkatan Enam. Aku, Ahmad Masron, Junaidi Abdul Rahman, Fatimah Talip dan beberapa rakan dikenal sebagai kumpulan Bintang Duabelas.

Di petik dari  Diari Usang tahun 1975, 1978, 1981

Sabtu, 20 Oktober 2012

KENANGAN DI ERA 70an

Bersama rakan semaktab..dari kiri Mazni Osman, Mahdi HM Suhaili, Miramit , Gafur, Hj Kamal Fasah, Morni
Gambar beramai Penuntut Maktab Perguruan Ugama Suri Seri Begawan Sultan di tahun 70an